Bukan aku tak sayang,
Juga bukan kerana tak rindu,
Bahkan hati ini…
Detiknya hanya itu,
Cinta sayang padaMu!
Juga bukan kerana tak rindu,
Bahkan hati ini…
Detiknya hanya itu,
Cinta sayang padaMu!
Namun bagaimana ingin aku nyatakan,
Ribut pergolakan,
kabut persimpangan,
Aku sedang memperbaiki diri,
Aku sedang mencari erti…
Yang berulang datang dan pergi.
Ribut pergolakan,
kabut persimpangan,
Aku sedang memperbaiki diri,
Aku sedang mencari erti…
Yang berulang datang dan pergi.
Berilah aku masa sendirian,
Untuk mula mencatur perhitungan,
Dalam terang dan kelam,
Dalam jeritan dan diam.
Aku kembara kian penat,
Hulurkan izin untukku berehat,
Kepada segala yang hampir,
Izinkan aku musafir…kali terakhir,
Jauhku untuk mendekat!
Hulurkan izin untukku berehat,
Kepada segala yang hampir,
Izinkan aku musafir…kali terakhir,
Jauhku untuk mendekat!
-Pahrol Mohd. Juoi-
quotes-
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!
Pahrol Mohd. Juoi
0 responds:
Post a Comment